Wednesday, 24 June 2015

File tak boleh hantar melalui gmail

Assalamualaikum/Salam sejahtera

Semuanya dihujung jari. Segala maklumat atau file boleh dikongsi bersama dengan sesiapa sahaja. Namun begitu, pengguna gmail tidak dapat berkongsi beberapa file yang berformat tertentu sebagai satu langkah security daripada pihak google. Ia menjadi masalah terutama bagi pekerja yang menggunakan emel rasmi syarikat yang berplatform gmail. Takkan nak share file guna personnal emel yang nama merapu-rapu tu kan. Antara jenis file yang tidak boleh dihantar seperti gambar di bawah. 

sumber: https://support.google.com/mail/answer/6590?hl=en

Oleh itu, bagaimana nak menghantar file berformat begini? 

1. Pastikan anda uncheck kotak hide extentions for known file types - cari benda alah ni dalam control panel - folder options



2. Tukar nama file yang dihantar. Contohnya setup.exe kepada setup.exmy


3. Attach ke dalam emel yang hendak dihantar beserta arahan seperti berikut supaya penerima dapat buka file tersebut.


4. So file selamat dihantar.

Tapi kalau banyak file .exe nak kena hantar macam mana pulak? takkan nak rename satu-satu.

Cuba zipkan semua file tu dalam satu folder dan rename file .zip  kepada .zirafah  ke, lepastu attach  dan  send seperti biasa.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment